|
Mendaftar Laman Web Anda di Tapak Penaja Percuma
(Free Web Hosting)
Dalam internet terdapat banyak penaja-penaja laman web secara percuma.
Semuanya dari luar negara seperti Amerika Syarikat. Di Malaysia Jaring
mengenakan sewa tapak laman web kira-kira RM 360 setahun. Manakala Net
Space Communications mengenakan sewa sebanyak RM 37.50 sebulan. Untuk mendapatkan
penaja secara percuma kita kena mencarinya diluar negara. Antaranya ialah:
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar di tapak XOOM:
-
Sila dail untuk sambungkan ke internet
-
Dwi-klik peluncur (browser) internet sama ada Netscape Navigator atau Internet
Explorer.
-
Taip URL (Uniform Resourse Locator) berikut dalam kotak Location
(Netscape):
-
Tekan kekunci Enter.
-
Tunggu sehingga Laman Web Xoom muncul seperti berikut:
-
Klik pada 11 MB of Free Web Site Space
-
Tunggu sehingga muncul laman berikut:
-
Klik pada Non Members... JOIN XOOM Here
-
Tunggu sehingga muncul laman berikutnya.
-
Taip alamat e-mail anda dalam kotak Enter your E-mail Address. Sebagai
contoh: [email protected]
-
Klik butang Continue. Tunggu sehingga muncul laman berikutnya(Peringatan:
Untuk satu alamat e-mail dibenakan mendaftar sekali sahaja di Xoom.)
-
Bila muncul laman berikut sila isi butir-butir berikut dalam borang yang
disediakan:
|
Member Name (Nama Ahli): (Nama ini hendaklah yang
unik dalam satu perkataan sahaja dan tidak lebih lapan aksara)
Password (Kata Laluan):
Password (Kata Laluan):
Name (Nama penuh anda):
Company Name(Nama syarikat ): Anda boleh
masukkan nama sekolah dsb.
Address (1) (Alamat 1):
Address (2) (Alamat 2 ):
City (Bandar):
State U.S. Only (Negeri ): Tidak perlu
diisi.
Province (Daerah/Wilayah): Tidak perlu
diisi
Country (Negara): Klik butang panah dihujung
kotak dan pilih Malaysia.
Zip/Postal Code (Poskod):
Occupation (Pekerjaan):
Marital Status (Status): Klik sahaja yang
berkenaan
Gender (Jantina): Klik sahaja yang berkenaan
Age (Umur):
Do you have children? (Adakah anda mempunyai anak?):
If so, what were your children born? (Jika ada,
bila tarikh lahirnya):
Do you use a computer at: work? home? school?)
(Adakah anda menggunakan komputer di tempat kerja?, rumah?
atau sekolah?
Company size (Bilangan pekerja syarikat): Klik
dan pilih |
|
-
Setelah anda mengisi borang tersebut klik butang
-
Sekiranya pendaftaran anda sebagai ahli Xoom diterima satu laman akan muncul
yang antara lain menyebut:
|
Your Xoom account has been created
|
-
Tetapi sekiranya nama ahli yang anda daftarkan sudah pun wujud di tapak
Xoom anda dikehendaki mendaftar semula dengan nama lain
-
Tutup laman Xoom.
-
Baca E-mail yang dihantar kepada anda oleh Xoom. Antara kadungannya adalah
mengenai butir Nama Akaun anda dan Kata laluan (password).
Sila catat untuk peringatan anda apabila anda buat pemindahan fail nanti.
Mengaktifkan Akaun Laman Web
-
Buka semula laman XOOM iaitu taip URL: http://xoom.com/home/
-
Buka kotak E-mail untukmelihat e-mail yang dihantar dari Xoom.com.
-
Klik sekali lagi 11 MB Free Space...
-
Laman berikut akan muncul. Klik Members... LOG-IN XOOM Here
-
Bila muncul kotak ini taip nama pendaftaran anda dalam kotak User Name.
-
Taip kata laluan yang telah anda daftarkan
-
Klik OK. Muncul laman berikut yang menyatakan akaun anda di XOOM belum
lagi diaktifkan.
-
Cari butang Send me my activation email again di bawah laman dan
klik sekali.
-
Kemudian muncul pula laman yang memberitahu anda bahawa e-mail berhubung
dengan mengaktifkan akaun telah pun dihantar.
-
Your XOOM Activation email has been resent
-
Anda boleh periksa e-mail yang dikirim oleh XOOM dan klik alamat URL yang
dinyatakan dalam e-mail tersebut untuk tujuan mengaktif akaun yang anda
telah daftarkan. Atau anda boleh taip URL berikut untuk mencari lamannya:
-
Apabila muncul satu laman anda perlu membaca perjanjian yang dinyatakan
oleh XOOM dan klik perkataan I Agree. Satu laman akan muncul
seperti berikut:
-
Akaun anda telah pun diaktifkan. Anda boleh tutup peluncur (browser) Netscape
atau Internet Explorer. Anda sudah boleh membuat pemindahan fail (publish).
-
Sila catat alamat URL anda yang dipaparkan dalam laman ini. Sebagai contoh:
http://members.xoom.com/kdpk/
|
|