MEMBINA LAMAN WEB (HOMEPAGE) 

Pengenalan  

Laman web atau homepage adalah merupakan halaman dicipta menggunakan perisian tertentu dan diletakkan di dalam internet supaya dapat ditatap atau dibaca oleh pengguna-pengguna internet diseluruh dunia. Terdapat pelbagai kategori laman web di antaranya laman perniagaan atau syarikat perniagaan, laman institusi-institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti. Disamping itu terdapat juga laman-laman peribadi (personal homepage) dan banyak lagi laman-laman yang boleh anda dapati dalam internet. 

Tujuan laman-laman ini diwujudkan antaranya ialah untuk mempromosikan perniagaan, membuat pengiklanan, menyiarkan berita-berita dan maklumat-maklumat terkini, memperkenalkan sesebuah institusi seperti institusi pendidikan kepada pengguna internet seluruh dunia. 

Perisian Untuk Membina Laman Web  

Untuk membina laman anda perlu mempelajari bahasa pengaturcaraan tertentu seperti HTML (Hypertext Mark-up Language) atau Java. Selain daripada itu terdapat juga perisian HTML editor dan Java Editor yang memberi kemudahan kepada pencipta laman Web (Webmaster) yang sukar untuk mempelajari pengaturcaraan HTML atau Java. Dengan perisian editor ini pengguna tidak perlu mengingati skrip atau kod-kod bahasa HTML atau Java. Perisian ini sama seperti perisian aplikasi seperti Word, Authorware dan sebagainya. Diantara perisian-perisian editor HTML ialah: 

  1. Microsoft Frontpage - keluaran Microsoft Corp. 
  2. Adobe PageMill - keluaran Adobe Inc.
  3. Home Page - keluaran Filemaker Inc.
  4. Softquard Metal Pro - keluaran Softquard Inc.
  5. NetObjects Fusion - keluaran NetObjects inc.
  6. Symantec Visual Page for Windows 95/NT - keluaran Symantec Inc. 
  7. Netscape Composer - keluaran Netscape Communications Corp. 
Disamping itu perisian-perisian pemproses perkataan seperti Microsoft Word 97, Word Pro 97, dan lain-lain juga boleh digunakan untuk membina laman Web. 

Cara membina laman Web dengan Word 97 adalah mudah sahaja iaitu fail-fail DOC boleh ditukar (convert) ke bahasa HTML dengan cara memlih Save As HTML dari menu File. Secara automatik fail doc ditukar kepada kod HTML supaya dapat dibaca oleh internet. Sekiranya Word 97 anda tidak mempunyai menu Save As HTML.. anda perlu memasang semula (re-install) program tersebut dengan cara memilih Custom bukan Typical. Kemudian pilih HTML. 


NETSCAPE COMPOSER 

Pengenalan 

Netscape Composer adalah perisian untuk membina laman web yang sangat mudah dipelajari. Perisian ini terdapat dalam pakej peluncur Netscape Communicator 4.xx Professional Edition. 

Membuka Netscape Composer 

  1. Klik Start 
  2. Klik Program 
  3. Klik Netscape Communicator Professional Editon
  4. Klik Netscape Composer. 
Menaip Teks  
  1. Klik ikon Alignment 
  2. Pilih butang tengah 
  3. Taip ayat: Selamat Datang ke atau Welcome to My Homepage
  4. Laman ..... (sila taip nama anda)
  5. Highlight ayat tersebut dan pilih saiz font 14. Laman .... gunakan saiz 18. 
  6. Klik ikon A untuk bold. 
  7. Tekan kekunci Enter beberapa kali supaya kursor berada pada tengah halaman.  
Mewarnakan Teks  
  1. Highlight tajuk Laman Saya...
  2. Klik ikon panah ini untuk memilih warna 
  3. Satu kotak pilihan warna akan muncul seperti berikut: 
  4. Klik pada kotak warna yang dikehendaki.
  5. Untuk memilih warna-warna lain klik pada butang Other... Pelbagai warna boleh dipilih seperti di bawah:
  6. Highlight pula perkataan BIODATA.
  7. Klik butang panah untuk pemilihan warna. 
  8. Klik warna yang sesuai. 
  9. Highlight pula perkataan LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 
  10. Klik ikon panah untuk pemilihan warna.
  11. Klik kotak warna yang sesuai 
  12. Highlight pula pada perkataan KELUARGA 
  13. Klik ikon panah untuk pemilihan warna 
  14. Klik kotak warna yang sesuai. 
  15. Highlight pada perkataan lain yang ada pada laman utama dan pilih warna yang sesuai. 

Membina Kotak Jadual  
  1.  Klik ikon Table. Satu kotak dialog akan muncul: 
  2. Pilih Centre untuk Table Alignment 
  3. Taip nombor 3 dalam kotak Number of columns 
  4. Masukkan nombor 10 ke dalam kotak Border line witdh:
  5. Klik OK 
  6. Peringatan: Jika anda tidak mahu memaparkan garisan jadual padamkan semua angka satu dalam kotakBorder line witdh, cell spacing dan cell padding dan gantikan dengan angka 0. 
  7. Kecilkan sedikit jadual dengan cara klik (jangan lepas) pada garisan tepi dan seret ke dalam.
  8. Klik dalam kotak jadual paling kiri. 
  9. Klik ikon Alignment dan pilih butang Centre.
  10. Taip perkataan: BIODATA 
  11. Klik pula dalam kotak tengah. 
  12. Klik ikon Alignment Centre supaya teks berada di tengah kotak.
  13. Taip perkataan: LATARBELAKANG PENDIDIKAN 
  14. Klik pula dalam kotak paling kanan. 
  15. Klik ikon Alignment Centre. 
  16. Taip perkataan: KELUARGA
Format Laman  
  1. Klik menu Format.
  2. Pilih Page Colors and Properties. Satu kotak dialog akan muncul: 
  3. Taip tajuk laman dalam kotak Title. Sebagai contoh Laman Saya atau Mohd Din Homepage. Anda boleh taip nama anda untuk tajuk laman.
  4. Taip nama anda dalam kotak Author. 
  5. Taip antara 10 hingga 15 perkataan mengenai diri anda dalam kotak Description. Sebagai contoh: Seorang guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim ambilan ...... atau lain-lain maklumat. 
  6. Masukkan kata kunci dalam kotak Keyword. Letakkan tanda koma untuk memisahkan perkataan atau ayat. Kata kunci ini hendaklah berkaitan nama anda, nama timangan, nama panggilan, nama lain, tempat asal dan sebagainya. Sebagai contoh: Md. Din, Mohd. Din, Haji Mohd. Din, Haji Din, Nordin, Din, Sungai Petani, Pendang, Kedah. 
  7. Tujuan kata kunci ini adalah untuk memudahkan pengguna internet mencari laman web anda dengan menggunakan Enjin Pencari (Search Engine) seperti Yahoo.com, Alta Vista, Excite, Infoseek, HotBot, Web Crawler, CARI(Malaysia) dan lain-lain. 
  8. Masukkan butir Classification. Contohnya: Personal atau sebagainya. 
 
 



Format Latarbelakang 
  1. Klik pada tajuk Colors and Background. Satu kotak dialog akan muncul. 
  2. Klik kotak ini untuk memilih warna latar belakang.
  3. Pilih mana-mana warna yang sesuai 
  4. Anda boleh juga menukar warna-warna untuk: 
Normal Text 
Link Text 
Active Link Text 
Followed Ink Text 
Menyelit Imej atau Gambar  

Untuk memasukkan gambar anda ke dalam halaman utama anda perlu mengimbas (scan) terlebih dahulu dengan pengimbas (scanner). Simpan fail gambar dengan format GIF atau JPG. Imej-imej yang menggunakan format GIF atau JPG sahaja boleh dimasukkan ke dalam laman web internet kerana ia mempunya saiz memori yang kecil. 

  1. Klik Start dengan butang kanan tetikus.
  2. Klik Explore dengan butang kiri tetikus.
  3. Pilih pemacu C: atau D: (jika CD-ROM) 
  4. Dwi klik folder yang ada grafik.
  5. Klik pada fail grafik yang anda kehendaki 
  6. Klik Edit dan pilih Copy.
  7. Dwi klik pula folder yang telah anda cipta dan pilih Paste dari menu Edit 
  8. Tutup Windows Explorer 
  9. Letakkan kursor di bawah ayat Selamat Datang ....... 
  10. Klik ikon Image. Satu kotak akan muncul: 
  11. Klik butang Choose File.. 
  12. Pilih pemacu C. 
  13. Dwiklik (double click) folder yang telah anda cipta tadi dan yang mengandungi fail imej atau gambar. 
  14. Pilih fail imej atau fail gambar anda. 
  15. Klik butang Open. Nama fail akan dimasukkan ke dalam kotak Image Location. 
  16. Jika anda ingin menerangkan tentang imej sila klik butang Alt Text/LowRes... 
  17. Taip satu ayat dalam kotak Alternate text. Contohnya: Selamat datang ke laman saya... 
  18. Klik OK. 
  19. Jika anda ingin memasukkan border (kotak) mengelilingi gambar sila isikan angka1 atau 2 atau 3 dalam kotak-kotak Space around image. Nombor 2, 3 dan seterusnya untuk garisan yang lebih tebal. 
  20. Klik OK sekali lagi
 
 


Menyelit Imej Animasi  
  1. Dengan menggunakan Windows Explorer salin beberapa fail animasi GIF dari folder Web Desingner atau dari CD-ROM kedalam folder yang anda cipta. 
  2. Dwiklik pula folder Animation GIF 
  3. Tutup Windows Explorer dan buka halaman utama index.html. 
  4. Metakkan kursor ditempat untuk menyelit imej animasi.
  5. Klik ikon Image. Atau klik Insert dan Image. 
  6. Klik butang Choose Files... 
  7. Pilih pemacu C: 
  8. Dwiklik folder yang telah anda cipta 
  9. Klik satu fail GIF. Sebagai contoh Welcome.gif 
  10. Klik Open
  11. Klik OK. 
Memasukkan Garisan Mendatar (Horizontal Line) 
  1. Letak kursor ditengah-tengah antara teks dengan gambar.
  2. Klik ikon Insert Horiz. Line.
  3. Anda boleh juga memasukkan garisan dengan menggunakan fail GIF yang ada garisan 
  4. Pilih fail line dari folder Animation GIF.
  5. Untuk memasukkan fail ini ikut cara-cara seperti di atas. 
Membuat Blinking Teks  
  1. Highlight ayat Selamat Datang ke...  
  2. Klik Format 
  3. Klik Style. 
  4. Klik Blinking.
  5. Klik OK.
  6. Klik ikon Save untuk menyimpan fail 
 

Mencipta Laman Kedua 
  1. Klik ikon New 
  2. Klik butang Blank Page 
  3. Klik ikon Alignment 
  4. Pilih Centre 
  5. Taip BIODATA 
  6. Highlight perkataan BIODATA 
  7. Pilih saiz font 14 atau 18 
  8. Piluh warna font yang anda sukai 
  9. Tekan kekunci Enter beberapa kali. 
  10. Taip biodata diri anda seperti:
  11. Nama:  
    Umur:  
    Tarikh lahir:  
    Status:  
    Alamat Tetap:  
    Poskod dan Bandar:  
    Negeri:  
    Negara:  
    No. Telefon: 
    Peringatan: Jika anda fikirkan butir-butir peribadi di atas perlu dirahsiakan tidak perlu anda masukkan. Anda boleh masukkan maklumat-maklumat lain yang bersesuaian. 
     
  12. Tekan kekunci Enter tiga atau empat kali ke bawah. 
  13. Taip Balik ke Menu  
 

Link ke Fail Yang Lain  
  1. Highlight ayat Balik ke Menu 
  2. Klik ikon Link 3. Klik butang Choose File 
  3. Pilih forder yang telah anda cipta 
  4. Klik fail index.html 
  5. Klik Open. Nama fail akan dimasukkan ke dalam kotak ini 
  6. Klik OK  Ayat Balik ke Menu akan bertukar menjadi warna biru dan ada garisan bawah (underline): 

  7. Balik ke Menu  
Menyimpan Fail 
  1. Klik ikon Save 
  2. Taip nama fail biodata.html 
  3. Klik butang Save 
  4.  Klik File
  5. Pilih Close
Peringatan: Sila pastikan fail yang anda simpan itu berada dalam folder yang sama dengan fail index.html. 
 

Mecipta Laman Ketiga  
  1. Klik File
  2. Klik New
  3. Klik Blank Page
  4. Klik ikon Alignment
  5. Pilih Centre
  6. Klik butang ini
  7. Pilih Heading 1 
  8. Taip ayat: LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 
  9. Highlight ayat yang anda taip dan pilih warna yang sesuai.
  10. Klik ikon Alignment 
  11. Pilih Align Left (Menjajar teks ke kiri)
  12. Klik ikon Increase Indent dua kali 
  13. Taip maklumat-maklumat latar belakang pendidikan anda seperti butir-butir di bawah Anda boleh juga menceritakan latar belakang pendidikan dalam bentuk karangan. 
    1. Sekolah Rendah:  
      Kelulusan/Sijil:  
      Sekolah Menengah:  
      Kelulusan/Sijil-sijil yang diperolehi: Pangkat: Aliran:  
      Kolej/Maktab:  
      Kelulusan/sijil:  
      Bidang pengkhususan  
      Universiti Ijazah: Pengkhususan:  
Menggunakan Arahan Target  
  1. Tekan kekunci Enter beberapa kali. 
  2. Klik ikon Target 
  3. Bila kotak berikut muncul taip perkataan: pengalaman
  4. Klik OK. Satu simbol akan muncul.
  5. Taip perkataan PENGALAMAN 
  6. Highlight perkataan PENGALAMAN
  7. Klik ikon Link 
  8. Klik perkataan pendidikan dalam kotak Select a named target in current page (optional) 
  9. Perkataan pendidikan akan dimasukkan dalam kotak Link to a page location or local file: #pendidikan 
  10. Tekan kekunci Enter dua atau tiga kali.
  11. Taip maklumat-maklumat mengenai pengalaman anda selepas meninggalkan bangku sekolah. 
  12. Tekan kekunci Enter beberapa kali 
  13. Taip perkataan [HOME] 
  14. Highlight perkataan HOME 
  15. Klik ikon Link 
  16. Klik Choose File 
  17. Pilih fail index.html 
  18. Klik OK 
  19. Klik OK sekali lagi 
  20. Gerakkan kursor pada permulaan laman 
  21. Klik ikon Target 
  22. Taip perkataan pengalaman dalam kotak Enter a name for this target 
  23. Klik OK
  24. Taip pula perkataan pendidikan selepas simbol Target 
  25. Highlight perkataan pendidikan 
  26. Klik ikon Link 
  27. Klik perkataan pengalaman dalam kotak kotak Select a named target in current page . Perkataan #pengalaman akan muncul dalam kotak Link to a page or local file 
  28. Klik OK. 
Menyimpan Fail  
  1. Klik ikon Save 
  2. Taip nama fail pendidikan.html 
  3. Klik butang Save 

  4. Peringatan: Sila pastikan fail yang anda simpan itu berada dalam folder yang sama dengan fail index.html. 
Menutup Fail  
  1. Klik File
  2. Pilih Close  
 

Mecipta Laman Keempat  
  1. Klik File 
  2. Klik New 
  3. Klik Blank Page 
  4. Klik ikon Alignment 
  5. Pilih Centre 
  6. Taip perkataan: KELUARGA 
  7. Klik ikon Alignment dan klik Align Left 
  8. Klik ikon Indent ke kanan.
  9. Taip butir-butir mengenai keluarga anda, seperti: 
  10. Nama bapa:  
    Umur:  
    Pekerjaan:  
    Jawatan:  
    Alamat:  
    Nama ibu:  
    Umur:  
    Pekerjaan:  
    Jawatan:  
    Nama-nama adik beradik:  
    Pekerjaan:  
    Bersekolah:  
    dan sebagainya.
  11. Tekan kekunci Enter beberapa kali
  12. Taip perkataan [HOME] 
  13. Highlight perkataan HOME 
  14. Klik ikon Link 
  15. Klik Choose File 
  16. Pilih fail index.html 
  17. Klik OK 
  18. Klik OK sekali lagi
Menyimpan Fail  
  1. Klik ikon Save 
  2. Taip nama fail keluarga.html 
  3. Klik butang Save 
Peringatan: Sila pastikan fail yang anda simpan itu berada dalam folder yang sama dengan fail index.html. 

Menutup Fail  

  1. Klik File 
  2. Pilih Close
 
Balik ke menu